|
|
Program
jangka pendek bertaraf sijil
ini memberi pendedahan asas tentang teknologi
maklumat yang merangkumi pelbagai topik
seperti Pengaturcaraan, Multimedia,
Rangkaian Komputer dan lain-lain matapelajaran
asas. Mereka yang lulus dengan baik bakal meneruskan pengajian peringkat
Diploma Sains Komputer
UPM di KIK.
Syarat Kemasukan: Minimum SPM Pangkat 3 serta lulus 5 matapelajaran termasuk Bahasa Malaysia dan Matematik. Nota: Calon yang mempunyai kelayakan lain / sedang belajar di tingkatan 6 juga digalakkan memohon. Tempoh & Pengambilan: 6 bulan (sepenuh masa) 2 semester Mei / November. |
Program
jangka pendek ini mendedahkan pelajar dengan
kemahiran dalam mengguna - pakai pelbagai bentuk
teknologi maklumat yang disokong oleh perkakasan
(hardware) dan perisian
(software) komputer. Sijil kelayakan bakal dianugerahkan
KIK dan pelajar kemudiannya
boleh memohon untuk belajar diperingkat Pra atau Diploma
Sains Komputer.
Syarat Kemasukan: Minimum SPM dengan lulus dalam 3 matapelajaran termasuk Bahasa Malaysia dan Matematik / Sains. Tempoh & Pengambilan: 2 bulan (sepenuh masa) Januari / Mei / Julai/ September / November 3 bulan (separuh masa)
|
|
|
Program
unik yang membolehkan pelajar menceburi bidang pemasangan komputer yang
mempunyai prospek pekerjaan yang menarik. Ia menekankan
pelbagai aspek teknikal yang merangkumi teori dan praktikal dengan sijil
bakal dianugerahkan oleh KIK.
Syarat Kemasukan: Minimum SPM pangkat 3/SAP atau mempunyai pengalaman kerja. Tempoh & Pengambilan: 2 bulan (sepenuh masa) + 1 bulan Praktikal. Julai
|
Objektif
kursus ini ialah untuk menggalakkan penggunaan Bahasa
Inggeris dengan tepat, lancar dan yakin. Komunikaasi
berkesan secara lisan dan bertulis
bakal ditekankan melalui latihan mendengar,
bertulis, bertutur,
membaca dan menulis.
Syarat Kemasukan: Program ini terbuka kepada semua ( termasuk yang sedang bekerja ) yang merasakan diri mereka mempunyai tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang rendah untuk memantapkan lagi penguasaan mereka dalam bahasa antarabangsa ini. Tempoh & Pengambilan: 3 bulan (separuh masa sahaja) Januari / Mei / September. |