........begitulah motto
KOLEJ
IBUKOTA KINABALU atau ringkasnya
KIK, melambangkan hasrat murni kolej dalam mewujudkan lebih ramai
intelek yang berpendidikan tinggi dikalangan warganegara Malaysia.
Kelahiran tenaga pakar ini diharap bakal menjadi aset utama kepada pembangunan
negara secara amnya dan pembangunan negeri Sabah
khasnya.
Rangka
program akademik yang mantap membolehkan program-program dari peringkat
sijil hingga
diploma/matrikulasi
dilakukan sepenuhnya di KIK. Dengan tenaga
pengajar yang berkelayakan, kewujudan kolej ini diharap mampu menjadi pemangkin
untuk melahirkan lebih ramai cendekiawan yang berjasa kepada agama,
bangsa
dan negara.
Selain
daripada yuran pengajian yang berpatutan, lokasinya yang strategik di bandar
Kota Kinabalu (berdekatan dengan kemudahan-kemudahan seperti masjid, perpustakaan,
pasaraya, Pantai Tanjung Aru dan pusat membeli belah) turut berperanan
menjadikan KIK sebagai alternatif bagi pelajar
menimba ilmu dan beriadah...dalam suasana kampus!
KIK
ditubuhkan pada 1997 dibawah Syarikat Jiwa Yakin
Sdn. Bhd dan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian
Pendidikan Malaysia. Kewujudan kolej ini amat bertepatan sekali dengan
hasrat kerajaan untuk melihat lebih banyak institusi pendidikan tinggi
swasta diwujudkan bagi memenuhi keperluan tenaga mahir negara. KIK
berkemampuan
menyediakan suasana pendidikan yang memenuhi ciri-ciri sebuah pusat pendidikan
tinggi yang berwibawa. KIK juga komited dalam
melaksanakan wawasan dan objektif kolej yang dicita-citakan.
Kolej
ini berkeyakinan akan wujud sebagai institusi pengajian tinggi yang terunggul
di negeri Sabah berdasarkan kepada kemampuan dan komitmennya untuk menyediakan
pelbagai kemudahan dan pelbagai program pengajian dengan cemerlang.
Rasional Penubuhan KIK : Memandangkan begitu ramai pelajar-pelajar
lepasan SPM yang berkelayakan tidak dapat ditempatkan di pusat pengajian
tinggi, maka adalah wajar bagi syarikat ini menyediakan satu alternatif
kepada pelajar-pelajar di Sabah dan Sarawak khasnya untuk melanjutkan pengajian
ke peringkat institusi pengajian tinggi.
KIK
juga mengadakan kerjasama dengan beberapa institusi dalam dan luar negera
bagi sesetengah program seperti Universiti
Putra Malaysia,
Unitar,
Kementerian
Pendidikan Malaysia,
Murdoch
University , Canberra
Institute Of Technology dan Bank Islam Malaysia
Berhad Institute of Research & Training(BIRT).
1.
Melahirkan
lebih ramai warganegara intelek berpendidikan tinggi dan tenaga mahir yang
mampu menyumbang kepada pembangunan negarasecara amnya dan pembangunan
Sabah secara khasnya.
2.
Mewujudkan dan mempercepatkan integrasi nasional.
3.
Menyediakan
keperluan pendidikan asas sebelum mengikuti program ijazah di universiti-universiti
tempatan dan luar negara.
Kemudahan
:Kolej Ibukota Kinabalu mempunyai
kelengkapan asas sebagai sebuah institusi pendidikan bertepatan dengan
hasratnya untuk melahirkan pelajar yang cemerlang. Kemudahan-kemudahan
tersebut adalah seperti bilik kuliah, bilik seminar, makmal sains ,makmal
komputer, perpustakaan, asrama, tempat beriadah/berekreasi, surau dan kafeteria.