KIK JUARA, KIK juara liga bolasepak antara IPTA/IPTS atau LIGA IPTAS
2001, Piala Pengarah KIK, penyampaiaan hadia disempurnakan oleh En Bat
Kamaruzaman , Tim Pengarah ( Pentadbiran ). piala Sumbangsi di menangi
oleh Kakitangan KIK ( KKIK), Pasukan terbaik jatuh kepada Kolej Komuniti
Yayasan Sabah (KKYS), Penjaring terbanyak ialah Bairry Ubing ( KIK) dan
Lucian Dumat ( Maktab Perguruan Kent ). Keputusan KIK (Juara), KKIK (Naib
Juara ) dan Maktab Perguruan Kent ( Ketiga). Keterangan lanjut layari
laman web https://ibukota.tripod.com/bola.html
06
OGOS 2001 |
Ceramah
'Fire Drill', Diadakan ceramah 'Fire Drill' untuk fellow oleh
Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Sabah. |
BULAN OGOS 2001 : PENGAMBILAN SIJIL TEKNOLOGI
MAKLUMAT (STM) |
Pada Bulan Ogos akan di jalankan pengambilan Program Sijil
Teknologi Maklumat ( STM ) di Kampus Bandaraya ( City Campus ),
Sembulan. Keterangan lanjut hubungi Unit Pemasaran KIK di alamat URL
https://ibukota.tripod.com/iklan.html |
17
Julai 2001 |
KIK
menaja Tiket Penerbangan untuk Ahli MAKSAK Sabah yang disempurnakan
oleh Dato' Sri Mohd Nazri Tan Sri Aziz. Menteri Pembangunan
Usahawanan Malaysia. |
14
JULAI 2001 |
Sukan
untuk kekitangan akademik untuk memupuk semangat berpasukan dalam
menjalankan kerja, selepas bersukan dialog dengan pengurusan di
adakan untuk kepentingan kolej. |
BULAN JULAI 2001 : BULAN BMI ( BRITISH
MALAYSIAN INSTITUTE ) |
Pada sepanjang Bulan Julai, KIK menawarkan program baru
dengan usahasama BMI, untuk keterangan lanjut hubungi Unit Pemasaran
KIK di alamat URL https://ibukota.tripod.com/iklan.html |
22
Jun 2001 |
Pertandingan
Nasyid dan Majlis Forum sempena sambutan Maulidur Rasul 2001, Tetamu
ialah Dr Hj Helmi Abd Rahman ( Tim Provos UiTM Sabah), Dato' Hj
Safari Manan ( Pengerusi KIK), dan Ustaz Hj Sainin Tinik ( Pengetua
Pusat Latihan Dakwah Kundasang) serta Ustaz Hj Sarip Adul ( KIK)
sebagai Pengerusi. |
08
JUN 2001 |
Seminar
Motivasi oleh Ybhg Datuk Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Pakar Motivasi
Malaysia, di KIK Tuaran, Semoga bertambah motivasi pelajar dan staff
KIK. Serta pada sebelah malamnya, Majlis Peyampaian Anugerah &
Sijil untuk Pelajar Sijil Teknologi Maklumat. |
5 JUN - 11 JUN 2001 : PENDAFTARAN
PELAJAR LAMA DIPLOMA SAINS KOMPUTER (DSK(UPM))UNTUK SESI MEI
2001/2002 DI KAMPUS MENGGATAL . |
Pada 5 Jun - 11 Jun 2001, Pendaftaran pelajar lama
DSK (UPM) akan bermula pada 5 Jun - 11 Jun 2001. Pendaftaran akan di
lakukan di Tingkat 2, Pejabat Unit Komputer. Sebarang pendaftaran
lewat akan di denda RM 10.00 Sehari. SILA AMBIL PERHATIAN SERIUS |
6 JUN 2001 : PENDAFTARAN DIPLOMA SAINS
KOMPUTER (DSK(UPM)), PRA DIPLOMA SAINS KOMPUTER (PDSK) DAN PROGRAM
BERKEMBAR KALI KE 7 SESI MEI 2001/2002 DI KAMPUS MENGGATAL
. |
Pada 6 Jun 2001, Tahniah kepada pelajar baru
program DSK, PDSK dan TP di atas kejayaan anda melanjutkan pelajaran
di KIK dan jangan lupa datang mendaftar, sebarang kemusykilan
berhubunglah dengan unit pemasaran KIK. KIK bersedia menanti anda.
Majlis Hari Pendaftaran & Minggu Orientasi Pelajar ambilan Mei/Jun
2001 dirasmikan oleh YB Datuk Sri Panglima Mohd Salleh Tun Hj Said,
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan di Dewan Utama KIK Jln
Tuaran.Majlis Penutupan di sempurnakan oleh YBhg Dato' Haji Safari
Manan; Pengerusi Lembaga Pengelola KIK.
|
05 MEI 2001 : MAJLIS GRADUASI DIPLOMA
SAINS KOMPUTER (DSK(UPM))DANPROGRAM BERKEMBAR DI KAMPUS MENGGATAL
. |
Pada 05 Mei 2001, Majlis Graduasi Diploma Sains
Komputer (UPM)(133), Advanced Diploma in Hotel Management (CIT) (8),
Diploma in Hotel Management (CIT)(6), Diploma in Commerce (Murdoch
University)(11). Majlis ini merupakan kumpulan graduan kedua
daripada program tersebut sejak dijalankan pada 1997 lalu. Tahniah
kepada Unit Komputer dan Program Berkembar di atas usaha pensyarah
dan mereka yang terlibat. Majlis ini dirasmikan oleh YB Datuk Hajiji
Mohd Noor ,Timbalan Menteri Kewangan . Majlis Di Dewan Utama Kampus Tuaran. |
17
APRIL 2001 : PELAJAR KIK & UPM PECAH REKOD |
Pelajar
KIK & Kolej 10 UPM mengadakan "Projek Putra Kinabalu
2001", mencipta rekod Malaysian Book Of Records, mengibarkan
bendera Jalur Gemilang berukuran 188 x 77 M di puncak Kinabalu.
Dirasmikan penutupannya oleh YB Datuk Sapawi Ahmad, Pembantu Menteri
Kebudayaan Belia dan Sukan. Majlis Penutupan Di Hotel Shangri-La
Tanjung Aru Resort. |
29
MAC 2001 : Majlis Membaca Ikrar Dan MoA antara KIK & BMI
(British Malaysian Institute) |
Majlis
ini dirasmikan oleh YB Kolonel Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji
Ukin, Tim Ketua & Menteri Pembangunan Pembangunan
Pertanian Dan Industri Pemakanan |
24 MAC 2001 : PENDAFTARAN PELAJAR
MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN KALI KE 2 DI KAMPUS MENGGATAL
. |
Pada 24 Mac 2001, Pendaftaran pelajar Matrikulasi
Kementerian Pendididkan (KPM) seramai 700 pelajar untuk ambilan
semester Mac telah berlangsung dengan jayanya. Kol Datuk Mayor Dewan
Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Ghani Rashid merasmikan minggu
orientasi mereka. |
16
MAC 2001 : MAKAN MALAM MATRIKULASI |
Majlis
Perpisahan dan Penganugerahan Pelajar Matrikulasi ambilan Januari
2000 oleh YB Datuk Hj Nasir Tun Datuk Sri Panglima Hj Sakaran,
Menteri Pembangunan Luar Bandar & Keusahawanan Sabah. |
8
Mac 2001 : MAJLIS QURBAN KOLEJ IBUKOTA KINABALU |
Majlis
QURBAN diadakan di perkarangan Masjid Kolej Ibukota Kinabalu hasil
sumbangan pengurusan dan staff KIK. |
24
FEBRUARI 2001 : MAJLIS KEMPEN DERMA DARAH |
Pelajar
dan Kakitangan KIK telah bermurah untuk menderma darah di Dewan
Utama KIK, anjuran Hospital Queen Elizabeth bagi menambahkan tabung
darah hospital tersebut. |
17
Februari 2001 : PELAJAR & KAKITANGAN WAJIB BERBAHASA INGGERIS |
Sempena
usaha memperbaiki mutu Bahasa Inggeris dikalangan Pelajar &
Staff KIK, pelancaran menggunakan Bahasa Inggeris, setiap Hari Rabu
diadakan oleh Unit Bahasa Inggeris. |
13
JANUARI 2001 |
Majlis
Rumah terbuka Kolej Ibukota Kinabalu, anjuran Ahli Lembaga Pengarah
bagi meraikan para kakitangan dan jemputan. Majlis diserikan dengan
kehadiran Dato' Hj Safari Manan, Pengerusi Lembaga Pengelola dan En
Mansor Hayon- Pengarah KIK. |
23 OKTOBER 2000 : MAJLIS GRADUASI STM (
SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT ) DAN PRA UiTM DI HOTEL
PROMENADE. |
Pada 23 Oktober 2000, Tahniah kepada pelajar STM
pengambilan ke 8 dan Pra Uitm pengambilan ke 1 ( pertama ) kerana
berjaya menghabiskan program anda dan akhirnya bergraduat. Semoga
anda meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi |
TAHUN 2000 :
TAHNIAH...TAHNIAH. |
Pada Tahun 2000, Tahniah kepada En Sazally
Baharuddin atas perlantikan sebagai Pengurus Rekod & Kemasukan
KIK, Bahagian ini bertanggungjawab ke atas keseluruhan rekod pelajar
KIK. Semoga KIK bertambah mantap. Tahniah juga kepada En Firdaus dan
PA baru En Bat ( Kenalkanlah Diri Anda ) di atas penyertaan anda ke
dalam organisasi KIK. Semoga anda Gembira dan berkhidmat dengan
cemerlang. |
TAHUN 2000 : TAHNIAH KEPADA WARGA KIK
YANG MENDAPAT DAN BAKAL MENDAPAT CAHAYA MATA BARU ANTARANYA UZT ABD
RAHMAN (SUDAH DAPAT), EM. MARSAM BUHERA & PN MASNAH ( SUDAH
DAPAT ), EN ROSLI OTHMAN (TIM PENGARAH (AKADEMIK), (BAKAL DAPAT)),
PN. SHARIFAH, PN CINDY DAN PN ANISAH.
|
Pada Tahun 2000, JANGAN LUPA, banyakanlah lagi tapi
yang bakal pengantin... apa tunggu lagi, percepatkanlah. KEPADA
sesiapa yang nak paparkan berita hubungilah kami... En Marsam dan En
Awang Nasradi - ORANG YANG CONTROL WEB INI
. |
|
|
17
NOVEMBER 2000 : LAWATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (BAHAGIAN
MATRIKULASI) |
Lawatan
Pengarah Matrikulasi KPM dan Ketua-Ketua Sektor Bahagian Matrikulasi
di ketua oleh Prod Dr Zainal sempena perlantikan beliau menggantikan
Prof Madya Dr Mokhtar Bidin. |
ISNIN, 09 OKTOBER 2000 : PEPERIKSAAN
AKHIR DIPLOMA SAINS KOMPUTER (UPM) |
Pada 09 Oktober 2000 - 23 Oktober 2000, Para
pelajat DSK (UPM) menduduki Peperiksaan Akhir Di Kampus Jalan
Tuaran. Ketua Pengawas Peperiksaan ialah Cik Noraini Che Pa. Kepada
Semua Pelajar Semoga Berjaya. |
JUMAAT, 13 OKTOBER 2000 : LAWATAN
DELIGASI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) |
Pada 13 Oktober 2000, Kolej Ibukota Kinabalu akan
menerima tetamu dari Universiti Sains Malaysia. Rambongan tersebut
terdiri dari Prof Baharuddin Salleh ( Tim Naib Canselor ( Akademik )
), Dr Zul Azhar Zahid Jamal ( Penyelaras Program Diploma - Pusat
Pengajian Sains Fizik) dan En Abd Hamid Majid ( Penolong Pendaftar,
Unit Perhubungan Pendidikan Swasta
). |
AHAD, 22 OKTOBER 2000 : HARI KELUARGA
KIK |
Pada 22 Oktober 2000, Warga KIK akan mengadakan
Hari Keluarga di Karambunai Lagoon, Kepada warga KIK jangan lupa
bawalah apa yang patut serta seramai keluarga yang boleh di bawa ke
sana. Semua orang di wajibkan datang. Ini boleh menambah semangat
kerja anda semua. |
8
SEPTEMBER 2000 |
Lawatan
YB Dato' Aziz Shamsuddin, Tim Menteri Pendidikan Malaysia dan YB
datuk Yahya Hussin, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah
sempena Majlis Penganugerahan dan Perpisahan Pelajar Matrikulasi KPM
ambilan Jun 1999. |
26
OGOS 2000 |
Majlis Penghargaan dan
Penganugerahan Pelajar Diploma Sains Komputer Kali kedua, Majlis ini
dihadiri oleh YB Datuk Musa Aman, Pelbagai anugerah di sampaikan
pada malam tersebut sebagai menandakan kecemerlangan pencapaian
pelajar. |
14-16
Ogos 2000 |
Mesyuarat
Setiausaha Peperiksaan Kolej-Kolej Matrikulasi, Kementerian
Pendidikan Malaysia di Kampus Jalan Tuaran, Dipengerusiakan Oleh Dr
Sariah, Tim Pengarah (Akademik Bahagian Matrikulasi KPM). |
ISNIN, 27 APRIL 2000 : MALAM GRADUASI
STM |
Pada 29 April 2000, Para pelajat STM akan
mengadakan Majlis Graduasi bertempat di Hotel Hyatt. Sebarang
pertanyaan sila hubungi Cik Zarinah Nawawi
. |
ISNIN, 25 APRIL 2000 : PEPERIKSAAN AKHIR
STM dan PRA DIP |
Bermula
Minggu ini(25/4/2000) peperiksaan akhir
STM dan Peperiksaan pertengahan semester 2 PDSK akan berjalan.
Pihak KIK mengucapkan selamat berjaya kepada para pelajar . Pada
para pelajar yang terlibat diharap memberi kerjasama agar tidak
membuat bising ketika peperiksaan sedang berjalan. |
JUMAAT,14 APRIL 2000 : KONGRES
PENDIDIKAN BUMIPUTRA SABAH |
KIK
Menganjurkan Kongres Pendidikan Bumiputra Sabah dengan tema "Cabaran
Ke Alaf Baru", dengan kerjasama Badan Belia USIA Sabah serta Jabatan
Pendidikan Sabah. Majlis ini di rasmikan oleh YB Tan Sri Musa
Mohammad, Menteri Pendidikan Malaysia. Sempena majlis tersebut KIK
telah menandatangani MOU di antara Kolej Islam Darul Ehsan (KISDAR),
Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Tun Abd Razak untuk
menjalankan program mereka di KIK. |
KHAMIS, 9 DISEMBER 1999 : BULAN
RAMADHAN |
Sempena
bulan ramadhan yang mulia, pihak KIK mengucapkan selamat berpuasa
kepada semua warga KIK. |
ISNIN, 6 DISEMBER 1999 : PENDAFTARAN
PELAJAR BARU |
Bermula
hari ini pihak KIK akan menerima
pelajar baru bagi kemasukkan Dis99 untuk kursus Pra Diploma Sains Komputer dan Diploma Sains Komputer. Minggu orientasi juga
akan bermula pada minggu ini. |
SELASA, 16 NOVEMBER 1999 : PROMOSI KOLEJ
IBUKOTA KINABALU DI LABUAN |
Pada 27-29 November 1999 satu aktiviti promosi akan
dijalankan oleh bahagian pemasaran KIK bagi memperkenalkan kepada
masyarakat di Labuan mengenai program-program yang ditawarkan oleh
KIK khususnya untuk sesi pengambilan Disember 99. Pada masyarakat Labuan
yang berminat mengikuti program yang ditawarkan oleh KIK, sila
datang ke Financial Park, Labuan. Kaunter
penerangan untuk memberi khidmat kaunseling secara percuma akan
dibuka bermula jam 11.00 pagi hingga 9.00 malam. |
ISNIN, 15 NOVEMBER 1999 : ANUGERAH
PENSYARAH CONTOH |
Baru-baru
ini Unit Komputer KIK telah mengadakan
pemilihan bagi memilih pensyarah contoh bagi bulan November.
Para hakim dan juri adalah terdiri daripada pekerja-pekerja KIK dan
para pelajar Sains Komputer. Pemilihan adalah berdasarkan kepada
berapa banyak seseorang pensyarah mengadakan kelas tambahan dan
bagaimana pensyarah itu melaksanakan tugas-tugas yang diberi dengan
baik. Berdasarkan kriteria ini para hakim dan juri telah sebulat
suara memilih Encik Saiful Bahari sebagai
pensyarah contoh bagi bulan November. Seorang pelajar yang tidak
mahu namanya dikenali mengatakan pemilihan ini adalah amat
bertepatan kerana Encik Saiful Bahari
seorang yang amat berdedikasi. |
17
DISEMBER 2001 |
Memorandum
Persefahaman ( MoU) di antara KIK dengan Berjaya Palace Hotel,
membolehkan pelajar KIK membuat latihan praktikal di Berjaya Hotel.
MoU ini dirasmikan oleh Tan Sri Bernard Dompok, Ketua Menteri Sabah. |
KHAMIS, 27 NOVEMBER 1997 : MEMORANDUM
PERSEFAHAMAN (MOU) DENGAN CANBERRA INSTITUE OF TECHNOLOGY, MURDOCH
UNIVERSITY DAN UNIVERSITY OF
HUDDERSFIELD |
Hari
bersejarah KIK bilamana MOU di antara KIK dengan CIT,MU ( Australia
) dan University of Huddersfield ( Great Britain ) dimetrai
menandakan bermulanya zaman kecemerlangan KIKKIK. | |