BAHAGIAN PENTADBIRAN

 Bahagian ini terbahagi kepada beberapa unit yang mempunyai tugas atau bidang masing-masing, antara unit-unit  itu ialah unit  pentadbiran , unit pembangunan, unit penyelenggaraan dan unit keselamatan. Pembahagian kepada unit-unit kecil ini adalah bertujuan untuk melancarkan semua tugas yang berkaitan dengan bahagian pentadbiran. Secara keseluruhannya bahagian ini terlibat dengan semua  proses  perjalanan aktiviti yang dibuat di Kolej Ibukota Kinabalu. 

 

      UNIT PENTADBIRAN

            Bahagian ini bertanggungjawab mengurus kemudahan atau infrastuktur untuk semua kakitangan dan pelajar.Unit ini bertanggungjawab dalam pengambilan pekerja baru untuk bahagian pentadbiran, disamping turut terlibat dalam proses pengambilan pekerja baru untuk semua pekerja KIK. Unit ini juga turut terlibat dalam penyelenggaraan bangunan dan mekanikal    

 

     UNIT PEMBANGUNAN
             Unit Pembangunan ini bertugas mengurus sumber manusia dan perniagaan  Kolej Ibukota Kinabalu (KIK). Pengurusan dalam  sumber manusia adalah melibatkan kenaikan pangkat, gaji  dan kursus-kursus untuk semua pekerja. Kursus ini diadakan 2 kali setahun bertujuan untuk memberi latihan dan mendedahkan semua pekerja dengan suasana baru dalam alam pekerjaan. Perniagaan juga adalah satu bidang kuasa yang turut dikendalikan  dalam unit  pembangunan, dalam pengurusan perniagaan ini unit pembangunan diberi tugas untuk membuat perancangan bagaimana hendak memgembangkan perniagaan Kolej Ibukota Kinabalu (Jiwa Yakin Sdn. Bhd) ke bidang lain.

 

     UNIT PENYELENGGARAAN
            Unit ini bertanggungjawab dalam penyelenggaraan bangunan, kenderaan, elektrikal dan elektronik di Kolej Ibukota.Unit ini bertanggungjawab untuk memastikan semua bahagian dikendalikan dengan baik. Penyelenggaraan ini melibatkan penghawa dingin, lif dan  peralatan elektrik. Unit ini juga bertanggungjawab mengurus pengangkutan untuk pelajar daripada asrama masing-masing. 

 

     KESELAMATAN
           Bahagian bertanggungjawab  memilih mana-mana syarikat keselamatan yang dirasakan mampu memberikan khidmat yang baik.