Kolej Ibukota Kinabalu terletak di pinggir bandar Kota Kinabalu berdekatan dengan kemudahan-kemudahan seperti masjid, perpustakaan, pasaraya, Pantai Tanjung Aru dan pusat membeli belah yang turut berperanan menjadikan KIK sebagai alternatif bagi pelajar menimba ilmu dan beriadah...dalam suasana kampus. Selain daripada itu KIK juga menyediakan kemudahan-kemudahan yang lengkap bagi para pelajar supaya mereka dapat menikmati suasana pembelajaran yang baik dan teratur. Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah seperti:
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN:
KIK mempunyai kelengkapan asas sebagai institusi pendidikan bertepatan dengan hasratnya untuk melahirkan pelajar yang cemerlang. Berikut adalah kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang dimiliki.
BILIK KULIAH:
KIK mempunyai 7buah bilik kuliah yang setiap satunya boleh menampung 60-75 orang pelajar dan dua dewan kuliah yang berhawa dingin, boleh menampung lebih kurang 80-100 orang pada setiap sesi kuliah. Penggunaan "Overhead Projector" dan "LCD" merupakan antara  kaedah utama dalam penyampaian kuliah.
BILIK SEMINAR:
Terdapat 12 buah bilik seminar yang boleh digunakan bagi tujuan Tutorial dan perbincangan. Setiap bilik boleh menampung diantara 20-25 orang dan kesemuanya dilengkapi dengan penghawa dingin.
MAKMAL KOMPUTER:
Kolej memiliki  3 buah makmal komputer yang dilengkapi dengan sistem rangkaian setempat LAN (Local Area Network). Kolej juga memiliki kemudahan Internet secara talian dail dan akan diperluaskan kepada talian terus.
MAKMAL SAINS:
Kolej memiliki kemudahan makmal Fizik, Kimia dan Biologi yang lengkap dengan peralatan khas untuk menjalankan ujikaji.
PERPUSTAKAAN:
Perpustakaan Kolej mengandungi  pelbagai bahan rujukan dan kajian yang bersesuaian untuk program matrikulasi, Diploma dan program persediaan.
ASRAMA: Asrama turut disediakan jika diperlukan oleh pelajar. Tempat penginapan tersebut dilengkapi dengan katil dan tilam, meja untuk belajar, penyidai tuala dan almari pakaian. Setiap unit boleh menampung 10-12 orang pelajar dan bagi menampung lebih ramai lagi pelajar, KIK sedang dalam perancangan untuk menambah beberapa unit apartmen baru untuk pengambilan yang akan datang.
SUKAN & REKREASI:
Bagi tujuan riadah dan reakreasi, kolej mempunyai kemudahan-kemudahan seperti padang bola sepak, gelanggang takraw, gelanggang bola tampar dan gelanggang bola jaring.
KAFETERIA:
Kolej mempunyai sebuah kafeteria di tingkat bawah bangunan blok A. Kafeteria ini beroperasi dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam. Di samping itu, terdapat juga kafeteria-kafeteria lain yang berhampiran seperti di Bangunan JKR, Bangunan USIA dari Rumah Persekutuan untuk pelajar menukar selera.
KHIDMAT KAUNSELING:
Sesi kaunseling diadakan sepanjang waktu pejabat dan dikhaskan bagi pelajar yang bermasalah dan berkemusykilan dari segi pembelajaran atau peribadi.
IBADAT:
Kolej tidak mengabaikan soal pembangunan kerohanian Justeru itu, Kolej telah menyediakan kemudahan beribadah seperti surau disamping galakan mengadakan aktiviti kerohanian. Lokasi kolej yang berhampiran dengan pusat ibadah seperti Masjid Negeri Sabah  memudahkan lagi  warga kolej menunaikan tuntutan Allah. Selain daripada itu, rumah-rumah ibadat lain seperti Kristian, Buddha dan Sikh juga terletak berhampiran dengan KIK.

 PERATURAN:
    KIK amat mementingkan peraturan serta displin dikalangan pelajarnya. Oleh sebab itu, setiap pelajar  tertakluk kepada Kod Tatacara KIK. Antara peraturan yang perlu dipatuhi adalah seperti menjaga kebersihan sekitar kolej, bilik kuliah, makmal, perpustakaan, surau, kantin, asrama, padang dan tandas. Pelajar juga tidak dibenarkan menconteng dinding bangunan serta merosakkan harta benda kolej. Secara keseluruhannya, pelajar-pelajar dikehendaki menjaga kolej ini seperti mana mereka menjaga diri mereka sendiri.
Dari segi penampilan diri, pelajar kolej hendaklah sentiasa kemas. Bagi pelajar lelaki, mereka dikehendaki memakai kemeja lengan panjang, bertali leher serta berseluar "slack" setiap kali mereka menghadiri kuliah. Mereka juga digalakkan memakai kasut kulit hitam atau coklat. Pelajar lelaki juga hendaklah memastikan rambut mereka dipotong pendek tidak mencecah kolar baju, tidak memakai subang serta barangan kemas.
    Bagi pelajar wanita, mereka digalakkan memakai baju kurung atau "blouse" yang berlengan dan "skirt" melepasi paras lutut. Pelajar wanita Islam digalakkan memakai mini telekung secara amnya. Pelajar wanita tidak digalakkan memakai perhiasan diri yang agak keterlaluan. Mereka juga tidak dibenarkan menindik hidung mereka dengan subang. Semua pelajar lelaki dan perempuan perlu memakai pakaian sukan setiap kali aktiviti sukan diadakan.
    Pelajar juga wajib hadir ke kuliah/ tutorial / amali serta aktiviti ko-kurikulum. Pelajar yang gagal menghadirkan diri ke setiap kuliah / amali / tutorial serta aktiviti ko-kurikulum dan gagal memberikan alasan yang munasabah tidak akan dibenarkan menduduki peperiksaaan akhir.