Assalamualaikum wr.wb. dan
 Salam Sejahtera

    Bagi pihak seluruh warga Kolej Ibukota Kinabalu  saya mengucapkan selamat datang kepada semua ke homepej KIK ini. Homepej ini dilancarkan dengan tujuan mempermudahkan masyarakat mengenali KIK terutamanya kepada mereka yang berminat menyertai kolej ini sebagai pelajar.
    Kewujudan kolej ini amat bertepatan sekali dengan hasrat kerajaan untuk melihat lebih banyak pusat pendidikan tinggi swasta diwujudkan bagi memenuhi keperluan tenaga mahir. Jestru itu, kewujudannya adalah sebagai suatu pemangkin kepada hasrat pendidikan negara dan seterusnya melahirkan lebih banyak golongan berkemahiran tinggi sebagai warganegara yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
    Sebagai sebuah pusat pendidikan baru , KIK akan berusaha menyediakan segala kemudahan dan keperluan untuk generasi muda mendalami ilmu dan menimba pengalaman. Kami di KIK beriltizam dan bertekad untuk merealisasikan kecemerlangan dalam segenap bidang dan disiplin ilmu yang ditawarkan dengan menerapkan nilai-nilai murni melalui pendidikan berkualiti dan melahirkan intelek berwawasan.
    Saya selaku ketua pentadbir di KIK ini berharap agar Homepej ini dapat memberi gambaran yang jelas kepada sesiapa sahaja yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Kolej Ibukota Kinabalu, Insya-Allah.


   PENGARAH