Berwawasan...Berilmu.....begitulah motto KOLEJ IBUKOTA KINABALU atau ringkasnya KIK, melambangkan hasrat murni kolej dalam mewujudkan lebih ramai intelek yang berpendidikan tinggi dikalangan warganegara Malaysia. Kelahiran tenaga pakar ini diharap bakal menjadi aset utama kepada pembangunan negara secara amnya dan pembangunan negeri Sabah khasnya.
    Rangka program akademik yang mantap membolehkan program-program dari peringkat sijil hingga diploma/matrikulasi dilakukan sepenuhnya di KIK. Dengan tenaga pengajar yang berkelayakan, kewujudan kolej ini diharap mampu menjadi pemangkin untuk melahirkan lebih ramai cendekiawan yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara.
    Selain daripada yuran pengajian yang berpatutan, lokasinya yang strategik di bandar Kota Kinabalu (berdekatan dengan kemudahan-kemudahan seperti masjid, perpustakaan, pasaraya, Pantai Tanjung Aru dan pusat membeli belah) turut berperanan menjadikan KIK sebagai alternatif bagi pelajar menimba ilmu dan beriadah...dalam suasana kampus!
KIK ditubuhkan pada 1997 dibawah Syarikat Jiwa Yakin Sdn. Bhd  dan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Kewujudan kolej ini amat bertepatan sekali dengan hasrat kerajaan untuk melihat lebih banyak institusi pendidikan tinggi swasta diwujudkan bagi memenuhi keperluan tenaga mahir negara. KIK berkemampuan menyediakan suasana pendidikan yang memenuhi ciri-ciri sebuah pusat pendidikan tinggi yang berwibawa. KIK juga komited dalam melaksanakan wawasan dan objektif kolej yang dicita-citakan.
    Kolej ini berkeyakinan akan wujud sebagai institusi pengajian tinggi yang terunggul di negeri Sabah berdasarkan kepada kemampuan dan komitmennya untuk menyediakan pelbagai kemudahan dan pelbagai program pengajian dengan cemerlang.
    Rasional Penubuhan KIK : Memandangkan begitu ramai pelajar-pelajar lepasan SPM yang berkelayakan tidak dapat ditempatkan di pusat pengajian tinggi, maka adalah wajar bagi syarikat ini menyediakan satu alternatif kepada pelajar-pelajar di Sabah dan Sarawak khasnya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat institusi pengajian tinggi. KIK juga mengadakan kerjasama dengan beberapa institusi dalam dan luar negera bagi sesetengah program seperti  Universiti Putra Malaysia, Unitar, Kementerian Pendidikan Malaysia, Murdoch University , Canberra Institute Of Technology dan Bank Islam Malaysia Berhad Institute of Research & Training(BIRT).
  Objektif KIK :
1. Melahirkan lebih ramai warganegara intelek berpendidikan tinggi dan tenaga mahir yang mampu menyumbang kepada pembangunan negarasecara amnya dan pembangunan Sabah secara khasnya.
2. Mewujudkan dan mempercepatkan integrasi nasional.
3. Menyediakan keperluan pendidikan asas sebelum mengikuti program ijazah di universiti-universiti tempatan dan luar negara.
  Kemudahan :Kolej Ibukota Kinabalu mempunyai kelengkapan asas sebagai sebuah institusi pendidikan bertepatan dengan hasratnya untuk melahirkan pelajar yang cemerlang. Kemudahan-kemudahan tersebut adalah seperti bilik kuliah, bilik seminar, makmal sains ,makmal komputer, perpustakaan, asrama, tempat beriadah/berekreasi, surau dan kafeteria.