UNIT KAUNSELING KOLEJ IBUKOTA KINABALU
Latar Belakang Unit Kaunseling Kolej Ibukota Kinabalu (KIK)
Unit ini mula ditubuhkan secara rasmi pada 1 April 2001 dibawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Kolej Ibukota Kinabalu (KIK). Tetapi,unit ini sudah lama beroperasi secara tidak langsung dibawah bahagian HEP. Unit ini beroperasi mengikut waktu pejabat.Tetapi tetap meluangkan masa sekiranya membuat temujanji terlebih dahulu. Setiap sesi temujanji dengan pelajar akan direkodkan dan setiap pelajar mempunyai fail peribadi sendiri.Kerana semua perkara yang dibincangkan adalah rahsia.

 

Objektif
Memberikan khidmat nasihat dalam usaha untuk memenuhi keempat-empat komponen kualiti manusia.Untuk membentuk peribadi yang berkualiti dan berjaya.

 

Tugas atau Peranan
1. Memberikan khidmat nasihat (Pelajar, Kakitangan dan Ibubapa)
2. Mengatur program latihan pembangunan pelajar
3. Mengatur panduan akademik (hala tuju pelajar seterusnya)
4. Mengurus oganisasi kelab-kelab pelajar
5. Memberi ceramah-ceramah motivasi (dalam dan luar kampus0
6. Penyelesaian dalam masalah pelajar

      a) Temu janji pelajar itu sendiri

      b) Cadangan daripada pensyarah

      c) Ibubapa

 

| Back | HEP |