Universiti Tun Abdul Razak adalah sebuah universiti swasta yang mendapat pengiktirafan Kementerian Pendidikan Malaysia dan adalah pelapor pembelajaran secara virtual . UNITAR diinstitusikan untuk memasyarakatkan ilmu dan proses pembelajaran dengan mengutamakan tahap kualiti  yang tinggi , penekanan terhadap pembinaan kemahiran , dilaksanakan pada kadar yang berpatutan dan menggunakan aplikasi teknologi terkini dalam merealisasikan hasrat tersebut . UNITAR hadir sebagai penghubung antara mahasiswa dengan tenaga akademiknya yang tinggi yang terpisah dalam dunia masing-masing. UNITAR telah mencipta pembelajaran yang telah melenyapkan  “ bilik darjah” dan “ konsep bersemuka” dengan memaksimumkan  penggunaan teknologi maklumat dan sistem telekomunikasi. UNITAR membawa pendidikan menara gading ke rumah-rumah, ke pejabat-pejabat malah ke kampung-kampung di pedalaman, agar masyarakat menyedari bahawa pembelajaran adalah proses berterusan, tidak kenal masa dan tempat.

Universiti Putra Malaysia  telah ditubuhkan pada tahun 1971,sebagai Universiti Pertanian Malaysia melalui penggabungan antara Fakulti Pertanian ,Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Serdang.Walaubagaimanapun pada awal tahun 80-an,UPM telah memperluaskan bidang tumpuannya dengan memasukkan bidang Sains dan Teknologi.Kemuncak dari situ ialah penukaran Universiti Pertanian Malaysia kepada Universiti Putra Malaysia pada 3 April 1997 oleh YAB Perdana Menteri ,Dato Seri Dr. Mahathir b. Mohammad.Ia adalah merupakan langkah strategik untuk mencerminkan kedudukan UPM sebagai sebuah pusat pengajian tinggi yang berupaya menawarkan pelbagai program pengajian,terutamanya teknologi maklumat,bagi menghadapi alaf baru pembangunan masa hadapan negara.Pada masa ini UPM mempunyai dua buah kampus iaitu kampus induk di Serdang,kampus cawangan di Kuala Terengganu serta Pusat Pengajian Osearnografi dan Marikultur di Port Dickson.Kedua-dua kampus ini ditadbirkan di bawah satu sistem ,begitu juga pengendalian akademiknya.

Murdoch University  diasaskan pada tahun 1973 sebagai universiti penyelidikan yang kedua di Australia Barat.Terletak dalam kawasan seluas 227 hektar.Universiti ini telah memenangi 1987 Civic Design Award atas kecemerlangan ini dari segi senibina,landskap,perancangan dan kejuruteraan.Sentiasa menekankan kualiti pendidikan.Universiti mendapat pengiktirafan antarabangsa atas kecemerlangan akademik  dan penyelidikannya faktor kakitangan akademik yang memegang ijazah kedoktoran melebihi 70 peratus serta kewujudan 25 pusat penyelidikan turut membantu menjadikan Murdoch University sebagai institut bertaraf 5 bintang di Australia.(Sumber rujukan : The Good Universities Guide).

Canberra Institute of Technology ialah sebuah institut pengajian utama milik kerajaan yang terletak di Canberra ,ibu kota Australia.Mengkhusus dalam pendidikan,latihan secara teknikal dam vokasional,ia berupaya menarik lebih 20,000 pelajar setiap tahun untuk menuntut dalam lebih 250 kursus yang ditawarkan oleh 4 fakulti dan 2 sekolah (termasuk School of Tourism and Hospitality).Kebanyakan kursus yang ditawarkan direkabentuk mengikut kehendak industri dan turut diajar oleh para profesional yang berpengalaman.Konsep pembelajaran demikian serta hubungan erat yang terjalin di antara CIT dan bakal majikan memberi prospek pekerjaan yang baik kepada graduan institut ini.

BIMB Institute of Research and Training.Menyedari hakikat bahawa sistem kewangan Islam (tanpa faedah) merupakan sistem alternatif yang semakin berkembang pesat di Malaysia ,Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB),iaitu pengasas perbankan islam di negara ini,telah mengambil langkah menubuhkan BIMB Institute of Research and Training (BIRT) yang berperanan menyebarkan pengetahuan kewangan dan perbankan islam secara lebih efektif.BIRT yang diasaskan pada April 1995 penyelidikan ,rundingan dan latihan ,seminar,program ,akademik dan perkhidmatan perpustakaan.Program-program akademik yang ditawarkan merangkumi peringkat sijil,Diploma dan Diploma Eksekutif.