PERHATIAN : MAKLUMAT LANJUT PROMOSI ! "Sila Klik"

Liga IPTAS ( Liga Bolasepak Antara Institusi Pengajian Tinggi Awam & Swasta, Sabah ) - Bermula Julai - September 2001. & KIK Juara

24 JANUARI 2002
Malam Penganugerahan Dan Perpisahan Pelajar Matrikulasi (KPM), Ambilan Jun 2000, Di Rasa Ria Resort, Tuaran. Tetamu Kehormat ; En Kamal Kaudra, Pengarah Pendidikan Sabah diwakili oleh Penolong Pengarah Bahagian Peperiksaan JPS serta Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Swasta JPS . 
23 JANUARI 2002
Berita Gembira, Pengurusan KIK telah memberi cuti Setiap Hari Sabtu pertama bermula Mac 2002 Kelak... Terima Kasih.
11 DISEMBER 2001
Majlis Berbuka Puasa anjuran KIK di Masjid KIK Jln Tuaran, dihadiri oleh Pengarah KIK, En Mansor Hayon
30 NOVEMBER 2001:MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM ORIENTASI PDSK & DSK-KIK-UPM
Majlis Penutupan Program Orentasi PDSK & DSK Ambilan November 2001 diadakan dan di rasmikan oleh En Jenar Lamda ( Ahli Lembaga Pengelola KIK ) 
26 NOVEMBER, 2001
Majlis Perasmian Hari Pendaftaran dan Program Orientasi Pelajar Baru PDSK (KIK) dan DSK (KIK-UPM); Tetamu Kehormat En Mansor Hayon, Pengarah Kolej Ibukota Kinabalu. 
09 NOVEMBER 2001
Ceramah Peluang Memasuki Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Ceramah tersebut di sampaikan oleh En Samsudin Ahmad (Pengurus Teknologi Maklumat) & En Muhamad Afandi Hamzah (Timbalan Pendaftar)
03 NOVEMBER 2001
7 Malam, Majlis Penyampaian Anugerah dan Sijil Pelajar-pelajar Sijil Teknologi Maklumat Sesi Ogos-Oktober 2001,di Sipadan Room ( Marina Court ), Promenade Hotel.
27 OKTOBER 2001
Lawatan Pemantauan Jabatan Pendidikan Sabah untuk pengesahan menduduki bangunan. selamat Melawat
15 OKTOBER 2001
Majlis Ceramah Perdana untuk Israk & Mikraj oleh Uzt Hj Mustafa, Pengarah JAKIM Negeri Sabah Di Dewan Utama, Kampus Tuaran . Dihadiri oleh semua warga KIK dan warga perkampungan sekitar serta pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Sekitar Kota Kinabalu. 
11 OKTOBER 2001
Majlis Makan Malam KIK Kali Pertama ( 1st Annual Dinner ). Semua warga KIK seramai 201 orang hadir pada majlis 1st Annual Dinner di Hotel Promanade. Tahniah kepada pemenang cabutan bertuah dan juga penyandang anugerah. Pekerja Harapan terdiri daripada Cik Suzanna Oxley ( Akademik ), Pn Normah Datuk Jafar ( Perhubungan Awam ) dan En Amin ( Pekerja Am ). Manakalah Pekerja Terbaik Keseluruhan dengan hadiah Separuh Bulan Gaji ialah En Abd Malim Dullah (Pentadbiran ) & En Marsam Buhera ( Akademik ). Tahniah Diucapkan !!!!  
26 SEPTEMBER 2001
Selamat Data kepada Ahli JUMPA ( Jawatan Kuasa Badan Penilaian Dan Pengawalan Mutu Akademik (UPM). Jawatan kuasa ini memastikan mutu Program DSK KIK-UPM sentiasa dikawal dan memenuhi piawaian yang ditetapkan. Mereka terdiri daripada Prof Dr Mohd Yusof Sulaiman, Prof Madya dr Ali Mamat dan En Wan Azman Wan Omar. Selamat Datang Ke Sabah Dan Kolej Ibukota Kinabalu
25 September 2001
Peperiksaan Akhir Diploma Sains Komputer, Program Kerjasama KIK-UPM dijalankan. Selamat Datang Kepada Cik Ainita Ban- Ketua Pengawas Peperiksaan Akhir Kali ini. Kepada Pengawas Peperiksaan .Selamat Bertugas dan Para Pelajar Selamat Maju Jaya 
23 SEPTEMBER 2001

KIK JUARA, KIK juara liga bolasepak antara IPTA/IPTS atau LIGA IPTAS 2001, Piala Pengarah KIK, penyampaiaan hadia disempurnakan oleh En Bat Kamaruzaman , Tim Pengarah ( Pentadbiran ). piala Sumbangsi di menangi oleh Kakitangan KIK ( KKIK), Pasukan terbaik jatuh kepada Kolej Komuniti Yayasan Sabah (KKYS), Penjaring terbanyak ialah Bairry Ubing ( KIK) dan Lucian Dumat ( Maktab Perguruan Kent ). Keputusan KIK (Juara), KKIK (Naib Juara ) dan Maktab Perguruan Kent ( Ketiga). Keterangan lanjut layari laman web https://ibukota.tripod.com/bola.html
06 OGOS 2001
Ceramah 'Fire Drill', Diadakan ceramah 'Fire Drill' untuk fellow oleh Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Sabah.
BULAN OGOS 2001 : PENGAMBILAN SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT (STM)
Pada Bulan Ogos akan di jalankan pengambilan Program Sijil Teknologi Maklumat ( STM ) di Kampus Bandaraya ( City Campus ), Sembulan. Keterangan lanjut hubungi Unit Pemasaran KIK di alamat URL https://ibukota.tripod.com/iklan.html  
17 Julai 2001
KIK menaja Tiket Penerbangan untuk Ahli MAKSAK Sabah yang disempurnakan oleh Dato' Sri Mohd Nazri Tan Sri Aziz. Menteri Pembangunan Usahawanan Malaysia.
14 JULAI 2001
Sukan untuk kekitangan akademik untuk memupuk semangat berpasukan dalam menjalankan kerja, selepas bersukan dialog dengan pengurusan di adakan untuk kepentingan kolej.
BULAN JULAI 2001 : BULAN BMI ( BRITISH MALAYSIAN INSTITUTE )
Pada sepanjang Bulan Julai, KIK menawarkan program baru dengan usahasama BMI, untuk keterangan lanjut hubungi Unit Pemasaran KIK di alamat URL https://ibukota.tripod.com/iklan.html
22 Jun 2001
Pertandingan Nasyid dan Majlis Forum sempena sambutan Maulidur Rasul 2001, Tetamu ialah Dr Hj Helmi Abd Rahman ( Tim Provos UiTM Sabah), Dato' Hj Safari Manan ( Pengerusi KIK), dan Ustaz Hj Sainin Tinik ( Pengetua Pusat Latihan Dakwah Kundasang) serta Ustaz Hj Sarip Adul ( KIK) sebagai Pengerusi. 
08 JUN 2001
Seminar Motivasi oleh Ybhg Datuk Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Pakar Motivasi Malaysia, di KIK Tuaran, Semoga bertambah motivasi pelajar dan staff KIK. Serta pada sebelah malamnya, Majlis Peyampaian Anugerah & Sijil untuk Pelajar Sijil Teknologi Maklumat.
5 JUN - 11 JUN 2001 : PENDAFTARAN PELAJAR LAMA DIPLOMA SAINS KOMPUTER (DSK(UPM))UNTUK SESI MEI 2001/2002 DI KAMPUS MENGGATAL .
Pada 5 Jun - 11 Jun 2001, Pendaftaran pelajar lama DSK (UPM) akan bermula pada 5 Jun - 11 Jun 2001. Pendaftaran akan di lakukan di Tingkat 2, Pejabat Unit Komputer. Sebarang pendaftaran lewat akan di denda RM 10.00 Sehari. SILA AMBIL PERHATIAN SERIUS
6 JUN 2001 : PENDAFTARAN DIPLOMA SAINS KOMPUTER (DSK(UPM)), PRA DIPLOMA SAINS KOMPUTER (PDSK) DAN PROGRAM BERKEMBAR KALI KE 7 SESI MEI 2001/2002 DI KAMPUS MENGGATAL .
Pada 6 Jun 2001, Tahniah kepada pelajar baru program DSK, PDSK dan TP di atas kejayaan anda melanjutkan pelajaran di KIK dan jangan lupa datang mendaftar, sebarang kemusykilan berhubunglah dengan unit pemasaran KIK. KIK bersedia menanti anda. Majlis Hari Pendaftaran & Minggu Orientasi Pelajar ambilan Mei/Jun 2001 dirasmikan oleh YB Datuk Sri Panglima Mohd Salleh Tun Hj Said, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan di Dewan Utama KIK Jln Tuaran.Majlis Penutupan di sempurnakan oleh YBhg Dato' Haji Safari Manan; Pengerusi Lembaga Pengelola KIK.
05 MEI 2001 : MAJLIS GRADUASI DIPLOMA SAINS KOMPUTER (DSK(UPM))DANPROGRAM BERKEMBAR DI KAMPUS MENGGATAL .
Pada 05 Mei 2001, Majlis Graduasi Diploma Sains Komputer (UPM)(133), Advanced Diploma in Hotel Management (CIT) (8), Diploma in Hotel Management (CIT)(6), Diploma in Commerce (Murdoch University)(11). Majlis ini merupakan kumpulan graduan kedua daripada program tersebut sejak dijalankan pada 1997 lalu. Tahniah kepada Unit Komputer dan Program Berkembar di atas usaha pensyarah dan mereka yang terlibat. Majlis ini dirasmikan oleh YB Datuk Hajiji Mohd Noor ,Timbalan Menteri Kewangan . Majlis Di Dewan Utama Kampus Tuaran.
17 APRIL 2001 : PELAJAR KIK & UPM PECAH REKOD
Pelajar KIK & Kolej 10 UPM mengadakan "Projek Putra Kinabalu 2001", mencipta rekod Malaysian Book Of Records, mengibarkan bendera Jalur Gemilang berukuran 188 x 77 M di puncak Kinabalu. Dirasmikan penutupannya oleh YB Datuk Sapawi Ahmad, Pembantu Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan. Majlis Penutupan Di Hotel Shangri-La Tanjung Aru Resort.
29 MAC 2001 : Majlis Membaca Ikrar  Dan MoA antara KIK & BMI (British Malaysian Institute)
Majlis ini dirasmikan oleh YB Kolonel Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin, Tim Ketua &  Menteri Pembangunan Pembangunan Pertanian Dan Industri Pemakanan
24 MAC 2001 : PENDAFTARAN PELAJAR MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN KALI KE 2 DI KAMPUS MENGGATAL .
Pada 24 Mac 2001, Pendaftaran pelajar Matrikulasi Kementerian Pendididkan (KPM) seramai 700 pelajar untuk ambilan semester Mac telah berlangsung dengan jayanya. Kol Datuk Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Ghani Rashid merasmikan minggu orientasi mereka.
16 MAC 2001 : MAKAN MALAM MATRIKULASI
Majlis Perpisahan dan Penganugerahan Pelajar Matrikulasi ambilan Januari 2000 oleh YB Datuk Hj Nasir Tun Datuk Sri Panglima Hj Sakaran, Menteri Pembangunan Luar Bandar & Keusahawanan Sabah.
8 Mac 2001 : MAJLIS QURBAN KOLEJ IBUKOTA KINABALU
Majlis QURBAN diadakan di perkarangan Masjid Kolej Ibukota Kinabalu hasil sumbangan pengurusan dan staff KIK.
24 FEBRUARI 2001 : MAJLIS KEMPEN DERMA DARAH
Pelajar dan Kakitangan KIK telah bermurah untuk menderma darah di Dewan Utama KIK, anjuran Hospital Queen Elizabeth bagi menambahkan tabung darah hospital tersebut.
17 Februari 2001 : PELAJAR & KAKITANGAN WAJIB BERBAHASA INGGERIS
Sempena usaha memperbaiki mutu Bahasa Inggeris dikalangan Pelajar & Staff KIK, pelancaran menggunakan Bahasa Inggeris, setiap Hari Rabu diadakan oleh Unit Bahasa Inggeris. 
13 JANUARI 2001
Majlis Rumah terbuka Kolej Ibukota Kinabalu, anjuran Ahli Lembaga Pengarah bagi meraikan para kakitangan dan jemputan. Majlis diserikan dengan kehadiran Dato' Hj Safari Manan, Pengerusi Lembaga Pengelola dan En Mansor Hayon- Pengarah KIK. 
23 OKTOBER 2000 : MAJLIS GRADUASI STM ( SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT ) DAN PRA UiTM DI HOTEL PROMENADE.
Pada 23 Oktober 2000, Tahniah kepada pelajar STM pengambilan ke 8 dan Pra Uitm pengambilan ke 1 ( pertama ) kerana berjaya menghabiskan program anda dan akhirnya bergraduat. Semoga anda meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi
TAHUN 2000 : TAHNIAH...TAHNIAH.
Pada Tahun 2000, Tahniah kepada En Sazally Baharuddin atas perlantikan sebagai Pengurus Rekod & Kemasukan KIK, Bahagian ini bertanggungjawab ke atas keseluruhan rekod pelajar KIK. Semoga KIK bertambah mantap. Tahniah juga kepada En Firdaus dan PA baru En Bat ( Kenalkanlah Diri Anda ) di atas penyertaan anda ke dalam organisasi KIK. Semoga anda Gembira dan berkhidmat dengan cemerlang.
TAHUN 2000 : TAHNIAH KEPADA WARGA KIK YANG MENDAPAT DAN BAKAL MENDAPAT CAHAYA MATA BARU ANTARANYA UZT ABD RAHMAN (SUDAH DAPAT), EM. MARSAM BUHERA & PN MASNAH ( SUDAH DAPAT ), EN ROSLI OTHMAN (TIM PENGARAH (AKADEMIK), (BAKAL DAPAT)), PN. SHARIFAH, PN CINDY DAN PN ANISAH.
Pada Tahun 2000, JANGAN LUPA, banyakanlah lagi tapi yang bakal pengantin... apa tunggu lagi, percepatkanlah. KEPADA sesiapa yang nak paparkan berita hubungilah kami... En Marsam dan En Awang Nasradi - ORANG YANG CONTROL WEB INI .
 
 
17 NOVEMBER 2000 : LAWATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (BAHAGIAN MATRIKULASI)
Lawatan Pengarah Matrikulasi KPM dan Ketua-Ketua Sektor Bahagian Matrikulasi di ketua oleh Prod Dr Zainal sempena perlantikan beliau menggantikan Prof Madya Dr Mokhtar Bidin.
ISNIN, 09 OKTOBER 2000 : PEPERIKSAAN AKHIR DIPLOMA SAINS KOMPUTER (UPM)
Pada 09 Oktober 2000 - 23 Oktober 2000, Para pelajat DSK (UPM) menduduki Peperiksaan Akhir Di Kampus Jalan Tuaran. Ketua Pengawas Peperiksaan ialah Cik Noraini Che Pa. Kepada Semua Pelajar Semoga Berjaya.
JUMAAT, 13 OKTOBER 2000 : LAWATAN DELIGASI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
Pada 13 Oktober 2000, Kolej Ibukota Kinabalu akan menerima tetamu dari Universiti Sains Malaysia. Rambongan tersebut terdiri dari Prof Baharuddin Salleh ( Tim Naib Canselor ( Akademik ) ), Dr Zul Azhar Zahid Jamal ( Penyelaras Program Diploma - Pusat Pengajian Sains Fizik) dan En Abd Hamid Majid ( Penolong Pendaftar, Unit Perhubungan Pendidikan Swasta ).
AHAD, 22 OKTOBER 2000 : HARI KELUARGA KIK
Pada 22 Oktober 2000, Warga KIK akan mengadakan Hari Keluarga di Karambunai Lagoon, Kepada warga KIK jangan lupa bawalah apa yang patut serta seramai keluarga yang boleh di bawa ke sana. Semua orang di wajibkan datang. Ini boleh menambah semangat kerja anda semua.
8 SEPTEMBER 2000
Lawatan YB Dato' Aziz Shamsuddin, Tim Menteri Pendidikan Malaysia dan YB datuk Yahya Hussin, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah sempena Majlis Penganugerahan dan Perpisahan Pelajar Matrikulasi KPM ambilan Jun 1999.
26 OGOS 2000
Majlis Penghargaan dan Penganugerahan Pelajar Diploma Sains Komputer Kali kedua, Majlis ini dihadiri oleh YB Datuk Musa Aman, Pelbagai anugerah di sampaikan pada malam tersebut sebagai menandakan kecemerlangan pencapaian pelajar.
14-16 Ogos 2000
Mesyuarat Setiausaha Peperiksaan Kolej-Kolej Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia di Kampus Jalan Tuaran, Dipengerusiakan Oleh Dr Sariah, Tim Pengarah (Akademik Bahagian Matrikulasi KPM).
ISNIN, 27 APRIL 2000 : MALAM GRADUASI STM
Pada 29 April 2000, Para pelajat STM akan mengadakan Majlis Graduasi bertempat di Hotel Hyatt. Sebarang pertanyaan sila hubungi Cik Zarinah Nawawi .
ISNIN, 25 APRIL 2000 : PEPERIKSAAN AKHIR STM dan PRA DIP
Bermula Minggu ini(25/4/2000) peperiksaan akhir STM dan Peperiksaan pertengahan semester 2 PDSK  akan berjalan. Pihak KIK mengucapkan selamat berjaya kepada para pelajar . Pada para pelajar yang terlibat diharap memberi kerjasama agar tidak membuat bising ketika peperiksaan sedang berjalan.
JUMAAT,14 APRIL 2000 : KONGRES PENDIDIKAN BUMIPUTRA SABAH
KIK Menganjurkan Kongres Pendidikan Bumiputra Sabah dengan tema "Cabaran Ke Alaf Baru", dengan kerjasama Badan Belia USIA Sabah serta Jabatan Pendidikan Sabah. Majlis ini di rasmikan oleh YB Tan Sri Musa Mohammad, Menteri Pendidikan Malaysia. Sempena majlis tersebut KIK telah menandatangani MOU di antara Kolej Islam Darul Ehsan (KISDAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Tun Abd Razak untuk menjalankan program mereka di KIK.
KHAMIS, 9 DISEMBER 1999 : BULAN RAMADHAN
Sempena bulan ramadhan yang mulia, pihak KIK mengucapkan selamat berpuasa kepada semua warga KIK.
ISNIN, 6 DISEMBER 1999 : PENDAFTARAN PELAJAR BARU
Bermula hari ini  pihak KIK akan menerima pelajar baru bagi kemasukkan Dis99 untuk kursus Pra Diploma Sains Komputer dan Diploma Sains Komputer. Minggu orientasi juga akan bermula pada minggu ini. 
SELASA, 16 NOVEMBER 1999 : PROMOSI KOLEJ IBUKOTA KINABALU DI LABUAN
Pada 27-29 November 1999 satu aktiviti promosi akan dijalankan oleh bahagian pemasaran KIK bagi memperkenalkan kepada masyarakat di Labuan mengenai program-program yang ditawarkan oleh KIK khususnya untuk sesi pengambilan Disember 99. Pada masyarakat Labuan yang berminat mengikuti program yang ditawarkan oleh KIK, sila datang ke Financial Park, Labuan. Kaunter penerangan untuk memberi khidmat kaunseling secara percuma akan dibuka bermula jam 11.00 pagi hingga 9.00 malam.
ISNIN, 15 NOVEMBER 1999 : ANUGERAH PENSYARAH CONTOH
Baru-baru ini Unit Komputer KIK telah mengadakan pemilihan bagi memilih pensyarah contoh  bagi bulan November. Para hakim dan juri adalah terdiri daripada pekerja-pekerja KIK dan para pelajar Sains Komputer. Pemilihan adalah berdasarkan kepada berapa banyak seseorang pensyarah mengadakan kelas tambahan dan bagaimana pensyarah itu melaksanakan tugas-tugas yang diberi dengan baik. Berdasarkan kriteria ini para hakim dan juri telah sebulat suara memilih Encik Saiful Bahari sebagai pensyarah contoh bagi bulan November. Seorang pelajar yang tidak mahu namanya dikenali mengatakan pemilihan ini adalah amat bertepatan kerana Encik Saiful Bahari seorang yang amat berdedikasi. 
17 DISEMBER 2001
Memorandum Persefahaman ( MoU) di antara KIK dengan Berjaya Palace Hotel, membolehkan pelajar KIK membuat latihan praktikal di Berjaya Hotel. MoU ini dirasmikan oleh Tan Sri Bernard Dompok, Ketua Menteri Sabah.
KHAMIS, 27 NOVEMBER 1997 : MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DENGAN CANBERRA INSTITUE OF TECHNOLOGY, MURDOCH UNIVERSITY DAN UNIVERSITY OF HUDDERSFIELD
Hari bersejarah KIK bilamana MOU di antara KIK dengan CIT,MU ( Australia ) dan University of Huddersfield ( Great Britain ) dimetrai menandakan bermulanya zaman kecemerlangan KIKKIK.