AgaMa DaN PeNdIDiKaN MoRaL

 

Tugas dan Bidang Kuasa....
Unit Agama dan Pendidikan Moral bertanggungjawab menyelesaikan segala masalah pelajar yang melibatkan agama dan moral . Unit ini telah menubuhkan persatuan siswa siswi islam, yang dianggotai oleh semua pelajar islam . Antara tugas yang dijalankan ialah:

                 -  Mentadbir dan mengurus hal ehwal  pelajar yang berkaitan dengan agama dan moral

                 -  Mengadakan kursus-kursus bimbingan yang berkaitan agama dan moral untuk pekerja dan

                   pelajar.

                  -  Bertanggungjawab keatas disiplin pelajar (luar dan dalam asrama)                  

 

 

 

Persatuan Siswa Siswi Islam (PSSI)

 

Pengenalan dan Peranan
Ditubuhkan oleh pelajar-pelajar yang beragama islam. Persatuan ini membuat aktiviti-aktiviti keagamaan seperti ceramah, kursus peningkatan akidah, iman dan ibadah. Persatuan ini juga turut mengendalikan majlis-majlis sempena hari-hari kebesaran islam. Persatuan ini bertanggungjawab  keatas pengurusan Masjid Kolej Ibukota Kinabalu. Sebarang maslah yang melibatkan masjid bolehlah dirujuk kepada persatuan ini.