BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR
Bahagian ini bertanggungjawab memberikan  dan menyediakan perkhidamatan dan program yang baik dan bermutu kepada pelajar Kolej Ibukota Kinabalu. Ini adalah bertujuan supaya KIK dapat melahirkan pelajar yang berjaya dan berdaya maju dalam masyarakat. Jabatan ini diketuai oleh Pn. Zalina Ismail, tetapi pada masa ini beliau sedang menyambung pelajaran dan tugas beliau diuruskan oleh Pn. Chentina Othman sebagai pemangku.

 

   TUGAS-TUGAS / PERANAN
Secara keseluruhannya jabatan ini bertanggungjawab dalam mengurus kebajikan pelajar yang ada di Kolej Ibukota Kinabalu. Antara bidang kuasa atau tugas yang dipikul oleh jabatan ini ialah;
  •     i)      Kebajikan Pelajar
  •    ii)      Disiplin , Kepimpinan dan Penampilan yang baik
  •   iii)      Penaja / Pinjaman Pelajaran
  •   iv)      Rekod / Fail Peribadi Pelajar
  •    v)      Kesihatan / Insurans Pelajar
  •   vi)      Tempat Tinggal
  •  vii)      Pengangkutan Pelajar (dari penempatan ke kampus)
  • viii)      Perkhidmatan Kaunseling
  •   ix)      Ucapan / Seminar / Kursus
  •    x)      Ko-kurikulum / aktiviti rekreasi
  •                   a) Majlis Perwakilan Pelajar
  •                   b) Persatuan dan Kelab
  •   xi)      Hubungan yang baik :
  •                   a) Pelajar
  •                   b) Keluarga

OBJEKTIF

' Berdedikasi & Mesra ' memberikan perkhidmatan dan layanan yang berdedikasi, mesra dan baik kepada semua pelajar.